Perkongsian kejayaan, dari Seorang Ibu tunggal yg Cekal. Menjadikan Vemma tapak utk Ubah kehidupan.....Platinum Leader Enna Roslina

ASSALAMUALAIKUM SAHABAT  DAN TEAM YG DIKASIHI..KALI INI SAYA INGIN KONGSIKAN KISAH KEHIDUPAN KEPADA ANDA.


Sebelum Saya teruskan sharing saya pada malam ini saya kenalkan diri saya dulu ya. Ramai diantara kita di sini yg sudah mengenali saya, tetapi untuk member2 baru saya alu-alukan kedatangan anda semua ke dalam family Ultimate Venture. Nama saya Roslina Mohd Yunus tapi lebih mesra dipanggil kak Enna. Saya berasal dari Sagil Tangkak, Johor... Kini saya menetap di Bukit Katil Melaka setahun lebih  yg lalu....setelah mengucapkan sayonara kepada pulau pinang yg sy telah bermastautin selama 22th lamanya...banyak kenangan sejarah pahit manis disana...jatuh bangun membina empayar perniagaan dan senyum tangis suka duka ..kini tinggal kenangan. aduhai emosi pulak....

Saya seorang ibu tunggal yang mempunyai lima orang anak...JANDA ANAK LIMA , 4 org hero dan seorang heroin...dan kini sy menjalankan bisnes vemma secara fulltime. saya menyara kehidupan kami sekeluarga termasuk seorg anak kesayangan saya yg sedang belajar di IPTA hanya dengan pendapatan yg saya perolehi di vemma. kini saya letak kan masa depan saya sepenuhnya di vemma... sebelum saya mengenali apa itu vemma yg dikenalkan oleh sahabat baik saya iaitu puan executive hasmi hashim,terlebih dahulu ingin saya mengucapkan ribuan terimakasih saya yg tak terhingga kepada beliau kerana mengenalkan bisnes yg sememangnya saya tak tahu langsung selok beloknya.

Saya langsung tak berminat bisnes networking ketika itu sebab saya adalah seorang usahawan konvensional.
Saya menceburi bisnes konvensional dalam bidang fesyen selama 22tahun, dalam tempoh yg panjang itu saya telah mengecapi kejayaan demi kejayaan sehingga saya di calon sebagai  top10 usahawan berjaya di bahagian negeri pulau pinang.
Bangganya saya ketika itu kerana saya bukan anak jati pulau pinang tetapi tercalon utk anugerah berprestij itu. Namun panas tidak sampai ke petang...mendung datang dan hujan pun turun di tengahari....basah kuyup saya dengan air mata...kerana ketika di kemuncak kejayaan saya ...


Sy di uji dengan thsunami kejatuhan ekonomi dunia pada 1997 yg tempiasnya juga terkena kepada saya.satu persatu kedai kesayangan saya terpaksa di tutup. 12 orang staff sy terpaksa saya berhentikan dan saya kehilangan rumah yg sy belum sempat saya diami lagi...kedai milik saya juga di tarik balik oleh bank kerana kegagalan saya melunaskan ansurannya...kereta yang sedang saya pandu utk menuju ke bank untuk membayar ansurannya jg di tarik oleh penarik kereta ditengah jalan....Saya menangis tersepok di tepi jalan...hanya Allah saja yg maha mengetahui keadaan saya ketika itu. Sy jatuh terlepek terlepok gedebuk gedebuk terguling2..dan ending ceritanya sy menyerahkan diri untuk di istiharkan MUFLIS
Tinggallah beberapa harta dan perniagaan saya ketika itu yang mampu di selamatkan dan satu persatu harta dan perniagaan saya bertukar tangan kepada nama suami saya...dannnnnn....saya kesat air mata saya bangun semula..dengan kekuatan yang ada saya bina semula empayar perniagaan saya.Syukur alhamdulilah kerana saya seorang yg tidak mengenal erti putus asa. Bagi saya kegagalan sekali tidak bererti GAGAL UNTUK SELAMA2 NYA.saya bangun semula dr kejatuhan itu dan bina semula bisnes yg telah gagal itu.sehinggalah sy kembali berjaya mengulangi dan menikmati kejayaan itu...penat saya membina kejayaan itu tidak terasa kerana saya berasa puas bila saya boleh bangkit semula dan akhirnya dr kebangkitan itu sy berjaya kembali mempunyai 3 buah butik pakaian saya di pulau pinang.
Saya mengecapi kembali kejayaan dan menikmati keselesaan hidup semula walaupun saya sudah di istiharkan muflis.jangan ingat orang yg muflis tidak boleh hidup senang...yang penting kesat air mata dan terus bangun membina hidup baru dengan jiwa yang kental. genggam bara api biar jadi arang.
Dalam saya sedang menikmati kejayaan dan kebahagiaan kembali...saya kembali di uji oleh Allahsubhanahuwataalaa....sekali lagi gelombang thsunami melanda dalam hidup saya.setelah saya kembali berjaya membina perniagaan saya...saya di uji sekali lagi dengan ujian yg amat dahsyat. kali ini saya tidak berdaya untuk melawan gelombang thusanami itu kerana...gelombang thsunami kali ini mengulung habis sapu bersih segalanya...sehingga akhirnya saya bergelar IBU TUNGGAL BERANAK 5.
Ya Allah berilah aku kekuatan untuk mengharungi hidup ini...begitu berat ujian MU pada hamba MU ini... ketika dalam kecelaruan menghadapi ujian ini... ada seorang sahabat baik saya yg menyaksikan titisan airmata saya. Beliau datang menghulurkan tisu kepada saya untuk saya lap titisan air mata.
Beliau ialah puan hasmi mentor hebat kita. Beliau mengajak saya bangun kembali
membina kejayaan bersama dia.
ketika itu beliaulah yg selalu berdampingan dengan saya.saya selalu mengunjungi dia atau dia yg berjumpa saya...saya selalu memerhatikan dia yg sibuk mengadap laptopnya dan
kadang2 tak sempat nak menoleh kepada saya.


Saya teruja melihat mentor saya selalu menjerit "YESSS KAK ENNA..AKU DPT ULTIMATE LAGI"itulah jeritan beliau setiap kali sy bertandang ke rumah beliau, dan dia meminta saya hari-hari datang kerumahnya..
kerana saya membawa rezeki ultimate kepadanya.
memang betul atau mungkin secara kebetulan setiap kali saya dtg rumahnya dia pasti akan menjerit
 " YESSSS KAK ENNA AKU DAPAT ULTIMATE LAGI".akhirnya sy bertanya apakah ULTIMATE ITU.


Beliau menerangkan bisnes online yg beliau buat kepada saya.ketika itu saya langsung x faham.saya seorang yg lansung tidak tahu pasal IT...memang betul2 buta IT.
Tetapi ketika sy menceritakan padanya yg sy hendak tinggalkan pulau pinang dan apakah yg harus saya  buat di tempat baru saya nanti. Saya memberitahu beliau yg saya nak buat kerja yg tak payah keluar rumah...maklum status ibu tunggal  yg sy pegang itu selalu dipandang serong oleh orang2 keliling kita.jadi sy mahu mencari rezeki saya hanya dalam rumah saya saja dan  beliau mencadangkan saya menceburi bisnes vemma.
Maka ketika itu saya mula menjadi anak murid buta dia...nak buka dan tutup laptop pun saya tak tahu...dia sabar mengajar saya mcm mana nak mengendalikan laptop tu..dah lah buta IT pekak bahasa inggeris pulak tu...itu yg lambat sangat nak faham.ketika itu sy bermula dengan laptop sy yg patah pinggang...dannnnnn....akhirnya beliau bertanya saya dah bersedia dan serius nak join vemma.
Saya jawab yessss!!!!.  ...saya pun kesat air mata saya...dan hari itu juga saya melangkahkan kaki ke dunia baru saya...dengan semangat baru dan jiwa yg serius...penuh berkobar-kobar dan dada yang lapang.....pada hari itu jg beliau membawa saya membeli sebuah laptop untuk kegunaan saya.maka sy tinggalkan laptop patah pinggang saya tu dan mulai saat itu sy terus belajar apakah itu bisnes on line vemma.dalam saya baru nak kenal apa itu vemma builder...vemma.com....facebook ...apa itu email..apa itu paswoord...saya mengucapkan selamat tinggal kepada beliau dan pulau pinang....memulakan langkah baru dengan membina hidup baru di melaka.


Kenapa saya pilih Melaka ...kerana Melaka dekat dgn Kg Sagil Tangkak Johor saya dan jg tidak jauh sangat dengan HQ kita di PJ. Saya hantar anak saya yg ketika itu sedang bercuti selepas ambil peperiksaan spm duduk bersama beliau untuk mempelajari selok belok bisnes vemma ini.selama sebulan saya tidak mempunyai income bersama vemma kerana sy masih terus belajar dan belajar macamana nak buat income disini, Tanpa putus asa saya terus berusaha. saya terus berusaha dan belajar bersama anak saya dan beliau dari jarak jauh...dan syukur alhamdulilah...buta IT saya sudah mula nampak samar2...sy sudah mula rabun dr jarak dekat dan jarak jauh...istilah BUTA IT sudah tidak ada lagi...dan saya terus tekad dan nekad yesss....inilah bisnes yg akan menjamin masa depan saya dan anak2 saya..

Saya tidak lagi menoleh kebelakang..dan sentiasa berhubungan dengan beliau dr jarak jauh..sy selalu berjanji pada diri saya  dan beliau yg saya tidak akan berputus asa dan tidak akan meletakkan segala masalah di depan kaki saya ketika sy nak melangkah keluar untuk menghadiri sebarang aktiviti dan event demi mengejar impian dan ilmu bagi memantapkan diri kita dalam bisnes ini.
Saya selalu ingat pesanan beliau bahawa jangan letakan masalah di depan kerana masalah itu yg akan membunuh impian kita. Ingat ya alasan akan membunuh impian. buta IT, jarak jauh dari HQ dengan melaka,siapa nak jaga anak2...masalah itu semua adalah challange untuk sy berjaya di vemma.
Selepas 4 bulan bertungkus lumus mempelajari dan fokus sy pada bisnes vemma...akhirnya saya mengecapi  kejayaan pada April 2011 dan saya akan terus pecut sehingga rank seterusnya...saya tak akan menoleh ke belakang lagi. Jom pecut bersama saya.


Rahsia kejayaan saya dalam menjalankan bisnes ini ialah saya menpunyai "Y" yang sangat kuat.saya ingin terus kembali membina kejayaan dari kejatuhan yang lampau.kejatuhan dalam bisnes konvensional dan kejatuhan dalam rumah tangga ...ini semua adalah challange sy untuk sy terus mengorak langkah membina empayar sy dalam bisnes networking..
Saya mahu anak2 saya belajar dengan selesa tanpa masalah kewangan walaupun ada masalah dalam keluarga mereka.yang lepas saya tinggalkan dan saya membina yang baru...begitu juga buat semua kawan2 teruskan perjuangan anda sehingga menjadi jutawan yg seterusnya...dan saya adalah salah seorang JUTAWAN VEMMA yang seterusnya.




Akhirkata dari saya, terima kasih kepada semua sahabat dan family di Ultimete Venture yang tak pernah jemu2 untuk terus memberikan sokongan kepada saya. Ingatlah wahai sahabat2ku semua...sekali kita gagal, tidak bererti kita gagal selama2nya...sekali mencuba tidak berjaya jangan ada putus asa ..terus mencuba dan fokus...kejayaan ada di belakang disana.
Untuk berada di lantai puncak kejayaan kita harus mendaki dari anak tangga yg pertama dan seterusnya...jatuh ...tersungkur..terlentang .. adalah adat berniaga...jadi nasihat saya pada semua...fokus dan terus bertindak tanpa berhenti...jangan ada rasa putus asa..jumpa anda semua di puncak kejayaan..Assalamualaikum.

ANTARA KISAH KEHIDUPAN YANG MENYENTUH HATI..
( Ingat tu...jgn letakkan alasan di depan, krn anda akan jatuh tersadung dgn alasan tersebut. Pandanglah dan bayangkan impian besar anda... Insyaallah, impian akan menolak kita utk terus Berjaya.., kalau lg 10 tahun masih sama masalah kewangan, ruginya 10 tahun tu.. Buat sehabis baik dgn apa yg kita ada... tak perlu compare or complaint. )
....
WASSALAM

JANGAN PERNAH MENYERAH…!!!
Pelaut Agung Tidak Lahir dari
Laut Yang Tenang…..
Gold Leader & Success Coach:Suzie Shuib
Email:suzie.shuib@gmail.com
fbook:suzie.yazid
skype:suzie-wge
Call/SMS: 013 352 7884

No comments:

Post a Comment