Kenapa Saya Memilih Network Marketing?

ASSALAMUALAIKUM, SEMUA…
KALI NI ISU MENGENAI . KENAPA  KITA PILIH BISNES NETWORKING YERR!!!! J

Semua orang tahu bahawa 9/10 daripada sumber rezeki itu datangnya dari perniagaan.
Pokoknya berapa ramai yang tahu tentang hadis ini dan berapa ramai pula yang mengambil dan berpegang dan melaksanakan apa yang terkandung dalam hadis ini. Nampaknya ramai yang tahu tapi lebih ramai yang tak mahu buat..kenapa?
Kenapa ramai orang tak mahu melakukan bisnes? Bagi saya, ramai yang tak tahu bahawa terdapat ribuan cabang bisnes yang boleh diceburi. Tapi sayang, hanya segelintir sahaja yang nampak, ataupun menjadikan pelbagai alasan untuk menidakkan diri dari melakukan bisnes.

4 masalah utama untuk kita bergiat dalam bisnes, dan 4 faktor ini menjadi sebab kenapa saya memilih Network Marketing sebagai salah satu cabang pendapatan saya dalam perniagaan. Mari kita renung-renungkan..





1. Modal
Perniagaan konvensional memerlukan modal yang sangat tinggi. Untuk membuka sebuah perniagaan skala IKS, anda memerlukan modal menjangkau RM 30,000,00. Dan apakah potensi pendapatannya? Dari soalan kenalan yang melakukan perniagaan skala IKS, dia memaklumkan bahawa pendapatan bersihnya hanyalah sekadar RM 5,000 sebulan. Bukan tak boleh dapat lebih, tapi terpaksa laburkan banyak wang untuk untung lebih. Nak bukak gerai burger pun, paling kurang, anda patut memiliki RM 5,000.
Dalam Network Marketing, modal yang diperlukan amatlah sedikit. Dari RM 100 - RM 10,000. Pilih je yang mana satu berkenan dan selesa. Ukur baju di badan sendiri. Petuanya, semakin banyak modal yang digunakan maka semakin banyak masa yang diperlukan.


2. Risiko
Bayangkanlah yang anda telah melaburkan wang RM 30,000 untuk membuka sebuah perniagaan IKS atau sebuah mini market dikampung. Sedar tak anda bahawa anda sedang menghadapi risiko yang amat besar? Adakah perniagaan anda boleh bertahan? Adakah mini runcit anda akan dikunjung ramai orang, sedangkan di hujung sana ada sebuah kedai besar yang memiliki pelbagai barang keperluan? Atau sedarkah anda apa yang berlaku pada perniagaan burger anda sekiranya hujan turun lebat ataupun kita dilanda banjir?
Di satu pihak lain, saya melihat perniagaan Network Marketing tidak mempunyai risiko langsung ataupun memiliki risiko yang sangat rendah. Andai dibandingkan dengan jumlah modal yang dikeluarkan, maka anda seolah-olah langsung tidak mempunyai risiko. Sebagai contoh, risiko menjalankan perniagaan Vemma adalah ANDA dan keluarga anda menjadi luarbiasa SIHAT.




Sekiranya anda tidak langsung mengembangkan bisnes Vemma anda, anda serta ahli keluarga anda masih dapat menikmati kehebatan nutrisi produk Vemma dan dengan izin Allah anda dan ahli keluarga anda menjadi lebih sihat dan tidak perlu berhabis wang demi membayar kos perubatan yang amat tinggi sekarang terutama melibatkan penyakit-penyakit kronik seperti sakit jantung, diabetes, tekanan darah tinggi serta gout! Jadi dimana ketakutan kita sebenarnya?

3. Masa
Andaikata anda telah mengeluarkan wang modal yang banyak, adakah anda akan membuka perniagaan anda secara separuh masa sahaja? Mungkin siang anda bekerja, dan malam anda fokuskan diri anda pada perniagaan anda. Atau anda terus menyerahkan surat letak jawatan tatkala anda baru bermula dalam perniagaan anda? Kalau saya keluarkan RM 10, 000 pada hari ini, saya rasa saya akan bukak perniagaan saya 12 jam sehari, saya akan bekerja keras untuk mengembangkan perniagaan. Dan pastinya saya akan membuat iklan terbaik untuk kembangkan perniagaan saya ini. Tanpa sedari, saya telah mengelurkan wang poket untuk tujuan iklan perniagaan saya.
Tapi dalam bisnes Network Marketing, semua orang termasuklah ribuan jutawan Network Marketing di Malaysia, mereka semua bermula dalam perniagaan Network Marketing hanyalah secara sambilan. Setelah balik dari kerja mereka akan menjalankan perniagaan ini di waktu malam. Ataupun, hanya melakukan perniagaan ini selama 6 jam dalam seminggu. Bukannya buat serius lagi, tapi pendapatannya semakin lama semakin hebat. Lama -kelamaan, setelah ilmu dirasakan cukup, setelah pendapatan mula mencecah 5 angka, mereka akhirnya berhenti kerja di pejabat dan fokus kepada sumber perniagaan yang lebih menguntungkan.


4. Pengalaman
Logikkah akal fikiran kita untuk meletakkan RM 10,000 sebagi modal sedangkan kita langsung tidak mempunyai idea atau pengalaman dalam bisnes. Inilah yang dikatakan mati sebelum ajal, ataupun rugi sebelum menjalankan perniagaan. Pengalaman adalah Ilmu. Kesilapan lalu adalah Ilmu. Untuk barjaya dalam perniagaan Konvensional anda memerlukan pengalaman ataupun anda perlu mebayar sejumlah wang untuk dapatkan orang yang berpengalaman yang boleh menguruskan perniagaan anda. Tapi, tidakah anda perlu keluarkan duit semula?


Dalam Network Marketing, anda mencari Ilmu setelah anda terlibat dalam perniagaan ini. Anda akan didedahklan dengan keperbagaian tip, teknik, sistem mentor dan pelbagai medium pembelajaran. Ramai yang telah berjaya dalam Network Marketing walaupun kali pertama mengikutinya.Kerana apa? Jawabnya adalah Network Marketing tidak memerlukan anda sebagai seorang yang berpengalaman luas atau mahir, tapi Network Marketing memerlukan mereka yang gigih dan komited untuk mengubah kehidupan mereka demi mencapai kejayaan dan kekayaan.

WASSALAM



Beri RUANG utk diri ,jangan mengalah dengan MASALAH !
Gold Leader & Success Coach:Suzie Shuib
Email:suzie.shuib@gmail.com
fbook:suzie.yazid
skype:suzie-wge
Call/SMS: 013 352 7884


No comments:

Post a Comment