APA ITU VEMMA

Pengenalan Kepada Vemma

Pengasas Vemma, BK Boreyko, mula melibatkan diri beliau di dalam dunia Multi-Level Marketing (MLM) pada usia 7 tahun, apabila beliau mula membantu ibubapanya menguruskan perniagaan Amway mereka. Apabila mencapai umur 30-an, beliau telah melancarkan syarikat MLM generasi baru yang diberi nama New Vision. Syarikat ini telah mencapai kejayaan yang mengkagumkan di dalam beberapa bulan sahaja, dan telah menyumbangkan pelbagai inovasi dalam bidang MLM.

BK Boreyko
BK Boreyko - CEO Vemma

Selepas 10 tahun beroperasi, New Vision telah menjadi sebuah syarikat yang terkemuka, kukuh dan boleh dipercayai di dalam industri MLM. Ianya merupakan pemimpin di dalam industri kesihatan dan mencapai jumlah jualan runcit yang melebihi USD 1 bilion dolar.

Vemma adalah hasil usaha dan pengalaman yang telah dilaburkan dalam bidang MLM selama 10 tahun yang lepas, untuk mencipta peluang yang besar bagi masa akan datang. Ianya telah berkembang dengan amat pesat ke seluruh dunia. Pada ketika ini, Vemma telah mempunyai ibupejabat di hampir 60 buah negara di dunia, seperti negara-negara di Eropah, Kanada, Australia, New Zealand, Kepulauan Caribbean, Nigeria, India, Taiwan, Jepun dan juga negara-negara di Asia Tenggara.


Vemma Malaysia

Vemma telah mula berkembang memasuki Asia lebih kurang 3 tahun lalu. Malaysia adalah negara pertama yang dimasuki oleh Vemma; diikuti oleh Singapura, Filipina dan Indonesia. Disebabkan Malaysia adalah negara terawal, ramai ahli-ahli Vemma Malaysia mempunyai rangkaian ahli di bawah mereka yang berada di Indonesia dan Singapura. Ini membuka peluang pasaran yang amat luas kepada kita di Malaysia.

Vemma Malaysia mempunyai ibupejabat di Petaling Jaya, Selangor. Ibupejabat ini mengendalikan segala urusan berkenaan pendaftaran, jual-beli dan penghantaran produk bagi semua ahli Vemma dari seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak.

Ibupejabat ini juga mengendalikan latihan/bengkel secara berjadual, seperti berikut:

- Setiap Sabtu, 10.30 am - 1.30 pm : Latihan untuk ahli-ahli berbayar Vemma sahaja.
- Setiap Selasa dan Jumaat, 8.30 - 10.30 pm : Business Preview Vemma terbuka untuk ahli dan juga bukan ahli.
Masuk percuma.

Selain daripada yang diadakan di ibupejabat, Vemma juga ada membuat Business Preview dan Latihan di tempat-tempat lain, seperti di Pulau Pinang, Ipoh, Seremban, Melaka, Johor Bahru, Kuantan, Kota Bharu, Kota Kinabalu dan Kuching.


Vemma juga ada menganjurkan Majlis Vemma Fast Tract & Recognition setiap 4 bulan. Majlis ini selalunya diadakan di sebuah hotel di ibu negara, dan akan dihadiri oleh top leader dari Vemma USA.


Vemma Malaysia baru berusia 3 tahun, tetapi telah berkembang dengan amat pesat, di samping telah diiktiraf sebagai cawangan terbesar di Asia, dan juga cawangan ke-3 paling ramai ahlinya, selepas USA dan Kanada.



Ibupejabat Vemma Malaysia, Jaya-One, PJ.
Ibupejabat Vemma Malaysia di alamat
23-3 Block D, Jaya-One, 72-A Jalan University,
46200 Petaling Jaya,Selangor, Malaysia.
Tel: +60379552222
Peta Ibupejabat Vemma Malaysia.

No comments:

Post a Comment