SOALAN-SOALAN LAZIM

 
1) Adakah Vemma menggunakan sistem piramid?
Tidak. Vemma adalah sistem binary (2 kaki). Sila faham,

pyramid wujud di mana-mana organisasi. Di tempat anda
bekerja, bos anda berada di atas anda, dan anda tidak
boleh potong beliau dari segi pangkat atau income. Tetapi
di Vemma, kita boleh potong pendapatan upline ataupun
pangkat beliau jika kita lebih rajin. Di dalam bisnes ni,
siapa yang usaha lebih, dia akan dapat lebih. Vemma
juga bukan skim cepat kaya.

2) Di bawah saya minggu lepas sudah ramai yang masuk,
     tetapi saya belum upgred lagi. Adakah bonus itu masih
     ada untuk saya?

Ruginya ... Anda tidak akan dapat bonus itu dan mereka telah
overide ke atas anda. Mereka telah menjadi upline anda dan
anda tidak akan mendapat hasil daripada mereka untuk
selama-lamanya. Tetapi jangan risau ... Minggu ini akan ada
yang upgred lagi. Adakah anda mahu melepaskan yang minggu
ini pula? Jangan terlepas lagi! Upgred sekarang!

3) Kita dapat bonus daripada jualan produk atau ahli yang
     kita dapat cari?

Bonus yang kita dapat bergantung kepada pembelian produk
oleh rangkaian ahli di bawah kita. Setiap ahli yang kita taja,
perlu membeli produk semasa mendaftar sebagai ahli, dan
mereka juga perlu terus membeli produk setiap bulan untuk
mempastikan keahlian mereka kekal aktif. Setiap pembelian ini
memberi bonus kepada kita. [Kita juga perlu terus membeli
produk untuk mengekalkan keahlian kita, dan ini memberi
bonus kepada upline kita.]

4) Kalau saya tidak ada duit / modal, boleh ke menjadi
     ahli Vemma?

Maaf, untuk menjadi ahli Vemma, anda memerlukan modal.
Semua bisnes yang serius memerlukan modal. Hendak jual
burger atau nasi lemak pun memerlukan modal. Saya
cadangkan anda menyediakan RM 500, sebagai modal untuk 
mula menjalankan bisnes Vemma.

5) Saya tidak ada kemahiran untuk meyakinkan orang untuk
     menyertai bisnes ini.

Saya, sebagai enroller anda, akan membantu anda di dalam hal ini.
Pertama, saya akan memberi panduan dan maklumat lanjut
tentang teknik untuk meyakinkan prospek anda. Kedua, anda
boleh menghubungi saya bila-bila masa jika anda mempunyai
kemusykilan atau masalah dalam menangani prospek. Ketiga,
Vemma juga menyediakan kelas / bengkel yang mengajar teknik
serta rahsia untuk meyakinkan prospek anda.

6) Vemma ada jual barang atau produk ke?

Produk utama Vemma adalah Jus Manggis Vemma.
Perlu diingat Vemma adalah suatu bisnes, dan setiap bisnes
mesti ada barang. Kalau tidak ada barang hukumnya HARAM
dalam Islam (Rujuk laman web Ust Zaharuddin).
Vemma bukanlah skim pelaburan atau program duduk diam
dapat duit.

Secara prinsipnya, kita tidak menjual produk, tetapi mencari

ahli-ahli baru melalui internet. Setiap ahli pula membeli produk
untuk kegunaan diri dan ahli keluarga mereka sendiri.
Tetapi jika kita mempunyai kawan atau saudara yang ingin
membeli produk Vemma melalui kita, maka tidak salah untuk
kita menjual produk kepada mereka ini.

7) Kenapa perlu beli produk tu?

Kita perlu membeli produk, kerana tempoh keahlian di Vemma
bergantung kepada produk yang kita beli (setiap pakej produk
memberi tempoh keahlian tertentu). Dan kita mesti mengekalkan
keahlian kita kerana hanya mereka yang aktif, layak menerima
bonus setiap minggu. Lagipun jika meminum Jus Manggis
Vemma secara tetap, kita akan mendapat faedah dari segi
kesihatan, dan kita juga lebih bertenaga untuk menjalankan
bisnes ini.

8) Mahallah barang tu ...

Sebenarnya harga produk itu tidak kita rasa mahal jika kita
mengambil kira pulangan bonus yang menanti kita. Jika kita
menjalankan bisnes ini secara konsisten, kita mampu menjana
pulangan 4 hingga 5 digit sebulan! Saya mempunyai seorang
upline yang memberi produk ini secara percuma kepada ahli
keluarga dan rakan-rakannya kerana pulangan yang beliau
dapat, jauh melebihi harga produk tersebut berlipat kali ganda!

9) Saya takut tidak ada orang yang mahu beli produk
     yang mahal ini.

Produk Jus Manggis Vemma adalah produk yang berkualiti
tinggi dan, lagipun, keberkesannya terbukti melalui pelbagai
testimoni pengguna-pengguna produk ini. Saya mengenali
ramai rakan dan prospek yang pada mulanya teragak-agak
untuk mencuba produk ini, tetapi apabila sudah habis sebotol
mereka minum, mereka yang akan cari kita untuk membeli lagi
produk, dan ada juga yang terus mahu menjadi Paid Member
Vemma!

10) Bagaimana hendak upgred?

Buka laman web http://www.vemmabuilder.com/, masukkan
no. ID dan password. Setelah masuk ke laman web utama, klik
di 'Get Started' dan isi borang yang disediakan, termasuk
maklumat kad anda. Pilih pakej produk yang ingin anda beli,
dan klik pada 'Submit'. Anda akan diberitahu sekiranya
pendaftaran anda telah berjaya.
[Saya akan emailkan maklumat ini kepada semua prospek saya.] Atau jika anda perlu bantuan.. maklumkan pada Sya...Sya akan batu anda utk UPGRADE
11) Saya tidak ada kad kredit, macamana?

Anda boleh membeli produk secara tunai atau bank-in, tetapi
anda tidak akan dapat sistem sokongan Vemmabuilder.
Ini bermakna anda tidak boleh menjalankan bisnes Vemma
secara online. Anda cuma boleh menjadi pengguna produk
Vemma atau menjalankan bisnes secara offline. Cara mendaftar
tanpa kad ada ditunjukkan di laman web berikut;
http://www.my-successbiz2u.com/cash/.

Jika anda ingin menjalankan bisnes Vemma secara online, ada

terpaksa membuat kad debit. Jenis-jenis kad debit yang diterima
ada ditunjukkan di laman web berikut;
http://www.my-successbiz2u.com/debitkad/.
[Saya cadangkan anda membuat kad debit di Eon Bank, kerana
ianya mudah dan boleh digunakan dalam masa 24 jam.]
12) Kenapa bayar guna kad?
       Bayar macam biasa melalui ATM atau Bank-in, tak boleh ke?

Vemma mengguna-pakai kaedah bayaran melalui kad adalah
untuk keselamatan duit ahli-ahlinya. Pembayaran melalui kad
dibuat secara langsung kepada Vemma, tanpa menggunakan
orang tengah yang mungkin kurang boleh dipercayai. Pembayaran biasa
melalui bank in juga disediakan...Enroller akan berikan Acct Syarikat.. Setiap pembelian adalah direct dgn syarikat...Sila lihat Post Bagaimana nk UpGrade

13) Kalau saya mula dulu dengan pakej single, boleh tak?

Boleh, tidak ada halangan. Tetapi semua Paid Member Vemma
di beri masa 90 hari untuk upgred ke pakej Ultimate. Jika anda
tidak upgred selepas 90, anda akan kekal berstatus single
selama-lamanya, dan tidak lagi boleh upgred ke pangkat yang
lebih tinggi.

Jika anda mempunyai modal, adalah lebih menjimatkan, dalam

 jangka masa panjang, untuk mendaftar sebagai Paid Member
Vemma dengan pakej Ultimate, kerana tempoh keahlian yang
panjang, iaitu 6 bulan, dan kelayakan untuk 9 jenis bonus.
Jadi anda berpotensi untuk menjana pulangan yang jauh
lebih tinggi!

Jika belum mempunyai modal yang mencukupi untuk membeli

pakej Ultimate, anda boleh bermula dengan pakej single dahulu.
Kemudian, jalankan bisnes Vemma secara konsisten dan kumpul
bonus dalam masa 90 hari. Selepas cukup untuk membeli pakej
Ultimate, upgred secepat mungkin. Perkara ini tidak mustahil
untuk dilakukan kerana telah dibuktikan oleh beberapa orang
leader Vemma yang telah berjaya!

14) Kena maintain ke dengan bisnes ni?

Ya, Vemma adalah bisnes jangka panjang. Pertama, kita kena
maintain keahlian kita dengan membeli produk secara berterusan,
kerana hanya ahli yang keahliannya aktif, layak menerima bonus
mingguan. Kedua, kita kena maintain mencari ahli baru untuk
membina rangkaian ahli-ahli di bawah kita. Lebih ramai ahli
rangkaian di bawah kita, lebih tinggi pulangan yang kita dapat!

No comments:

Post a Comment