VeMMA di landasan yg betul dan tepat..Bukan SKIM CEPAT KAYA/PYRAMID Dan Bukan MLM


jika anda betul2 ingin berjaya dan berimpian besar seperti kami dan ubah kehidupan keluarga anda..ANDA WAJIB membaca sharing dari kawan saya ini...



Untuk semua sahabat yg dikasihi..

Saya kenalkan diri saya terlebih dahulu , Saya Rosmawati, anak kelahiran Negeri Terengganu dan kini menetap di Merlimau, Melaka. Berkhidmat sebagai seorang guru selama 16 tahun dan mula berjinak2 dengan perniagaan VeMMA sejak 17 bulan yang lepas. Saya mula jatuh cinta dengan VeMMA pada 6 Januari 2011. Tarikh keramat dalam hidup saya kini.Cikgu dari Melaka. Dari pengalaman saya dlm membuat bisnes2 lain diluar sana, isunya bukanlah “keberanian”. Sememangnya ada rasa gemuruh bila nak mulakan perniagaan, atau menyusun strategi perniagaan baru, atau melakukan teknik baru dalam perniagaan. tetapi, saya lakukan sahaja, anyway.... It’s not about being brave, it’s about just doing it!
Jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada enroller saya yang juga merupakan mentor saya dan saya lebih suka memanggil beliau dengan panggilan BONDA. Insan yang begitu berjasa membimbing dan memimpin tangan saya untuk terus berjaya di VeMMA. Beliau tahu dan begitu memahami keadaan saya dan kesusahan saya ketika mahu bermula di VeMMA. Dengan penuh kasih sayang dan penuh perhatian, beliau tidak jemu memberikan kata2 semangat dan sentiasa memberikan tunjuk ajar kepada saya sehingga saya tahu berVeMMA sendiri pada hari ini.
Saya mulakan cerita pengalaman saya di VeMMA. Kita selalu dengar kata ni,"Bukan Senang Nak Senang". Ada kesan tak dalam diri kita bila menuturkan kata2 tersebut?
Bukan senang nak senang tapi di Vemma kita ada cara nak jadi senang….
Bagi saya, kata2 ini adalah cabaran untuk saya. Saya selalu bisikkan kata2 ini bila saya sedang usahakan sesuatu yang saya mahukan kejayaan dari hasil susah payah saya itu... Sebab BUKAN SENANG NAK SENANG lah saya perlu berusaha lebih kuat tanpa mengenal erti putus asa.
Kalau sahabat2 nak tahu, saya ni seorang yang degil dan keras kepala. Saya selalu mahukan yang terbaik walaupun saya tahu ianya susah... Buktinya saya tak pernah rasa serik dan putus asa mahu mencuba. Sebelum saya bertemu VeMMA, tahun 2009 hingga 2010 adalah tahun dugaan buat saya. Dugaan demi dugaan yang maha hebat sentiasa kunjung dan pergi sehinggakan saya terasa yang saya semakin dekat dengan Allah. Apa taknya, bila dikenangkan balik, timbul perasaan malu dengan Allah...apa taknya, waktu itu saya selalu bangun malam dan buat solat hajat dan solat2 sunat lainnya. setiap malam saya membaca Yassin sehinggakan saya boleh menghafal ayat2 Yassin tersebut. Ini kerana saya tiada tempat lain lagi mahu mengadu dan sebaik2 Pendengar ialah Allah Taala.
Ketika itu hidup saya benar2 susah dari segi ekonomi dan kerukunan rumahtangga juga sedikit tergugat dengan pelbagai dugaan, menyedari situasi tersebut saya perlu berusaha untuk menjadikan kehidupan kami sekeluarga lebih baik dan dari situlah saya mencuba bermacam2 perniagaan asal halal dan boleh mendatangkan keuntungan.
Macam2 saya buat termasuklah masuk pelaburan FOREX sebanyak RM20K, masuk ELKEN sehingga saya terbeban dengan hutang kredit kad dan masuk Zhulian sehingga habis barang kemas saya dan anak2 saya modalkan dalam Zhulian. semuanya gagal...sehinggalah saya dipertemukan dengan VeMMA.  Kalau nak dikira rugi...takut gagallll dan kalau nak diikutkan perasaan takut gagal....saya mungkin tiada di sini pada malam ini... ;(
Saya ingat lagi sepanjang tahun 2010, saya sentiasa berdoa dan berharap supaya Allah murahkan rezeki saya dan tunjukkan saya sumber rezeki yang saya boleh buat secara sambilan dan hanya dari rumah. Sehinggakan saya pernah bertanyakan kepada pengasuh anak saya, masa tu dia cantumkan barang2 kilang yang dia buat di rumah. Katanya sekilo dalam dalam 50 sen, dan saya pun nak buat kerja tu...terukkan??? Kenapa??? Kerana saya sudah tak larat lagi nak pergi menjual2 barang2 Zhulian saya...dah tak larat nak mencari orang dari rumah ke rumah dan memujuk orang untuk beli produk yang saya jual seterusnya mahu mengajak mereka untuk menjadi downline saya... Tapi masih mahu berusaha dan tak putus asa untuk membantu suami memperbaiki masalah EKONOMI keluarga.
Dalam banyak2 buat MLM rasanya buat Zhulianlah yang paling memenatkan dan pengaliran modal sentiasa bertambah untuk cukupkan point...Aduhaiiiii kalaulah dikenangkan balikkkk...Alhamdulillah , Vemma Bukan MLM :)
Apa yang menyebabkan saya tertarik dengan VeMMA ialah;
1. Tak perlu menjual barang....kerja yang sangat2 memenatkan yang saya buat dulu
2. Tak perlu nak cari orang....tapi di VeMMA, dengan sistem canggih yang kita ada orang boleh mencari kita.
3. Boleh buat secara parttime hanya dari rumah sahaja...tak perlulah kita selalu atau hari2 keluar rumah untuk menjual atau menaja orang....
Itulah 3 perkara yang betul2 membuatkan saya jatuh cinta dengan VeMMA. VeMMA begitu mudah bagi saya...(kecuali mahu mencari modal). Itulah satu2nya kesusahan yang saya alami di VeMMA waktu mula2 saya mahu bermula dengan VeMMA. Selepas itu saya anggap apa yang saya alami di VeMMA ialah sebagai salah satu pembelajaran dan satu pengalaman baru dalam hidup saya...
Memanglah ada dugaan dan cabarannya untuk kita nak memajukan diri, tapi saya anggap semua itu sebagai sesuatu yang menyeronokkan. Kenapa???? Sebab inilah yang saya cari dalam hidup saya...dan dengan pertemuan di VeMMA telah menamatkan pencarian saya selama ini.... Saya enjoy dengan setiap perkara yang berlaku di VeMMA. Saya seronok kerana dari tak tahu berinternet saya belajar banyak perkara dan boleh dianggap mahir dan terror dalam internet. Hehehe...
Dulu, setiap kali saya berjaya dalam satu2 tugasan yang diberikan oleh enroller saya...saya rasa macam nak menjerit kesukaan dan nak hebohkan kepada semua rakan2 guru yang saya tahu buat dan berjaya buat itu dan ini dengan kecanggihan IT. Maklumlah...bermula dengan VeMMA saya mula tahu dunia IT. Contohnya, buka dan hantar email, buat website, belajar vemma.com dan vemmabuilder dan sebagainya....gembiranya Allah saja yang tahu...saban hari, aktiviti saya setiap malam ialah dengan mengadap laptop saya...saya teruja sangat2 waktu tu... Bila difikir balik bukan susah sangat pun tapi pasal tak tau langsung rasa susahlah sikit pad mulanya,  dan dengan VeMMA juga membantu saya dalam pembelajaran daya kat OUM. Mcm mana nak cari bahan dan nak download bahan dari internet...
Saya takde langsung fikirkan susah masa tu...apa yang saya tahu....saya nak dan mesti dapat...
alhamdulillah...dengan kuasa Allah dan bagaikan magic, income saya pada week 16 2011 ialah rm16k lebih...subhanallah....saya tak pernah dapat duit dalam mana2 bisnes lain yang saya buat dulu sebanyak ini...inilah rezeki yang menjadi rahsia Allah...
 Itu kenangan manis saya pada tahun lepas...dan tahun ini agak berbeza sedikit.  Selepas itu Saya takde enroll walau seorang member baru pun di bawah saya atau direct dari saya. Apa yang saya buat ialah bantu "anak2 VeMMA" saya supaya mereka buat seperti saya...duplicate dan tiru saja apa yang saya buat seperti saya tiru dan duplicate apa yang Enroller saya buat. Hanya itulah sahaja pun kerja yang perlu kita buat...dan alhamdulillah,  duplicate dan tiru saja apa yang saya buat seperti saya yes.. THATS THE WAY TO SUCCESS.. duplikasi.. ikut SEBIJIK sptmana upline buat.. :)  .... dan income saya hampir RM25k termasuk duit hadiah dari Company pada tahun lepas...syukur alhamdulillah...
Sebelum saya mengundurkan diri, saya mahu kongsikan sedikit sebanyak apa yang menjadi keyakinan dan kepercayaan dalam hidup saya selama ini.
1. Saya sentiasa bersikap positif terhadap perubahan yang berlaku dalam hidup saya. Sebab saya percaya bahawa PERUBAHAN ADALAH SATU HARAPAN, BUKANNYA ANCAMAN.
2. Saya selalu bersikap positif terhadap diri sendiri. Ini kerana saya yakin bahawa setiap kelemahan atau masalah boleh diatasi melalui pelbagai jalan penyelesaian.
3. Saya percaya dan sentiasa positif terhadap kepimpinan. Saya perlu yakin dengan kebolehan saya untuk memimpin diri sendiri dan seterusnya menjadi pemimpin kepada orang lain. Saya perlu positif dan yakin diri dengan pegangan positif terhadap keyakinan diri, kebolehan dan gerak batin atau ilham daripada Allah S.W.T. Yakinkan diri kita bahawa kita mampu untuk mencari alternatif atau pilihan dalam membuat keputusan serta bertanggungjawab terhadap pemilihan itu. Dengan lain perkataan kita mampu dan mesti yakin untuk menulis skrip hidup kita sendiri.  J YAKIN BOLEH PASTI BOLEH....
4. Saya juga bersikap positif terhadap massalah. Ini kerana masalah adalah asam garam dalam kehidupan kita. Kita kena sedar bahawa setiap masalah yang wujud adalah dibentuk oleh diri kita sendiri. Setiap masalah mempunyai hikmah yang tersembunyi dan masalah hanyalah bersifat sementara.
5. Kita juga haruslah bersikap positif terhadap orang lain. Kita perlu mengingatkan diri bahawa kejayaan kita adalah disebabkan oleh orang lain. Orang yang memerlukan manusia adalah orang yang paling beruntung kerana mereka boleh mendapat pengajaran yang banyak daripada orang lain...dan semua itu saya ambil positif...
6. Kita juga wajib positif terhadap keadaan emosi kita. Kita kena rehatkan emosi kita sekali sekala...kita kena muhassabah diri dan yang penting kena selalu ingat bahawa hidup kita umpama RODA. Kadang2 suka...gembira...dan ada ketikanya kita juga sedih dan marah...Emosi yang negetif mendidik kita menjadi lebih kental, lebih kuat, lebih berfikir dan lebih memahami erti kasih sayang yang sebenarnya...
7.  Mesti positif terhadap idea yang kreatif. Kita wajib menghormati diri kita sendiri dan beri perhatian kpd apa yang kita fikirkan sebab setiap idea baru akan melahirkan dan boleh mencetuskan satu industri baru dalam hidup kita.
8. Wajib bersikap positif kepada keputusan yang kita telah buat. Kita kena sedar bahawa setiap keputusan yang kita ambil mempunyai risiko dan kita mesti berani untuk menghadapi risiko tersebut. Ingat sahabat2 ku...setiap idea yang baik akan membawa implikasi yang baik dan begitulah sebaliknya....
9. Dan yang terakhir dan yang paling penting dalam kehidupan kita ialah kita wajib bersikap positif terhadap Qadak dan Qadar...
 Tidak ada manusia yang boleh melawan ketentuan Allah SWT. Yakinlah sahabat2ku...bahawa apa yang Allah SWT berikan kepada kita adalah yang terbaik untuk kita...kita hanya mampu merancang dan Allah jualah yang menentukannya...
Oleh itu wahai sahabat2 ku sekelian...saya menyeru supaya 9 ASAS yang saya catatkan tadi menjadi pedoman kepada kita semua...Yakin dan percayalahhh...rezeki adalah rahsia Allah. Jangan cepat putus harapannnn...kerana Allah murka kepada hambaNYA yang lemah...
 
Bila kita dah rasa VeMMA kita jatuh cinta padanya dan kita dah boleh memilihnya untuk berikan kita kehidupan yang lebih baik dimasa depan...kerana semakin lama kita bersama VeMMA semakin kita memahaminya dan semakin kita akan cintakan VeMMA utk selamanya..
Luv u semua..jika ada terkasar dan kurang enak di baca..saya minta maaf..
"Mulakan langkah pertama dengan mendaftar PERCUMA"

No comments:

Post a Comment