Kisah Gembira Seorang Menantu Pulihkan Kesihatan Mertua
ASSALAMUALAIKUM  
~sharing meeting skype on line V4U 22hb Okt. 2012~
Nama saya Rusniyati, dikenali juga sebagai Rose Rahim

Rusniyati (Rose Rahim)
Saya surirumah sepenuh masa yang agak sibuk mengendali keluarga dan menjaga mertua.
Saya ibu kepada 4 orang anak. Yang sulung Tahun 3, yang lain masih bersekolah di Taski (Tadika Islam)
Terima kasih kerana menjemput saya dalam sharing produk malam ini. Memang tak sangka bila saya dapat mesej meminta saya buat
 sharing produk selepas prebiu/training di HQ semalam. Terima kasih kepada Opah Hasmi. Terima kasih kepada Mak Zizah. Dan terima kasih kepada semua. Terima kasih kepada teman-teman yang hadir bersama di HQ semalam.  Terima kasih juga kepada Roslila dan Kak June di atas tip-tip yang di kongsi. Banyak yang saya belajar semalam.


Pengenalan awal saya kepada Vemma adalah kerana mencari jalan dalam mengurangi masalah kesihatan ibu mertua saya.
Lebih kurang 2 tahun lalu, mertua kerap pengsan dan jatuh di rumahnya yang jauh di Ipoh. Dan setiap kali, anak2nya yang tinggal jauh di KL dan Penang akan panik dan tinggal segala untuk pulang ke Ipoh. Memandangkan suami saya satu-satu anaknya yang bekerja sendiri,
yang lain kerja makan gaji dan terikat dengan bos dan tugasan, kami sepakat mengambil mertua saya tinggal bersama kami,
 pindah rekod hospital di Hopital Ipoh ke Hospital Selayang, ubah suai bilik, ubah jadual harian kami dsbgnya.
Dia mempunyai penyakit kencing manis yang kronik, tahap creatinine, uric acid dan potassium yg tinggi. Kadar gula dalam darah
 yang selalu tidak menentu. Tak pernah bawah 12. Paling tinggi, tester tak boleh baca! Sebaliknya kat skrin reader keluar huruf HI! Tinggi tu. Kegemukan dia juga tidak membantu. Doktor arahkan dia kurangkan berat badan dia, siap bagi pelan berat badan dan pelan diet lagi.
 Saya fikir ‘Ini tak boleh jadi nih, kena ubah something ni’. Oleh sebab suami kerap kerja luar/outstation dan kerja lewat, tanggungjawab menjaga tergalas di bahu saya. Lalu, saya mengambil sikap tegas dengan dia, berlembut tetapi tegas, lantak dia nak marah saya, cemuh saya sebab sekat makan dia, sekat minum dia, tak bagi dia masak selera lidah dia, suruh dia makan ubat, saya kuat pujuk dia jumpa doctor, macam-macamlah…

Dengan sedikit sebanyak sokongan dari suami,  keluarga sebelah saya terutamanya mami saya (siap beri resipi utk orang sakit) dan adik beradik suami, serta ketegasan saya dalam menjaga pemakanan dan pemantauan serta rajin bawa dia berjumpa doctor. Alhamdulillah, penyakit kecing manisnya terkawal dengan cantik dan semua orang berpuashati
 termasuk para doctor di hospital dan klinik desa. Walaupun masih tahap gemuk, tetapi berat badan dia tidak lagi merisaukan. Dengan itu kami benarkan dia pulang setelah berbulan lamanya dia tinggal bersama kami .

Tetapi kegembiraan dan kelegaan kami rupanya bersifat sementara, kerana lebihkurang 6 bulan selepas itu, kami bawa ibu mertua pergi temujanji sussulannya. Didapati penyakit kencing manis mertua saya menjadi lebih teruk, dan kemudian satu demi satu penyakit lain datang menyusul. Bermulalah kehidupan derita mertua saya.
Penyakit darah tinggi dia yang sebelum ini okay tidak ada masalah, sudah jadi keutamaan juga. Di tambah dengan kerosakan buahpinggang, kolesterol  dan seterusnya penyakit jantung tersumbat.
Selalu bengkak kaki. Berulang-ulang kena tahan wad. Pernah 2 kali di tahan kerana paru-paru di jangkiti kuman. Daripada 1 hospital, dia di pantau 3 hospital berlainan mengikut penyakit!

Dia seorang wanita yang kuat semangat, strong character & aktif.
Dan sifat itu saya lihat semakin hilang dari dirinya dan dia lebih mengasihani dirinya dan asyik mengeluh, menyendiri, menangis, termenung, selalu hilang selera makan… kadang2 dia akan berkata orang dah tak sayang dia…. saya sedih  dan tak tahan melihat dia begitu, saya sanggup dengar dia marah-marah daripada mendengar dia kesedihan dan melihat bahagian dirinya
 yang begitu lemah…
sungguh lemah hingga saya sendiri rasa lemah, saya akan lari dari dia dan turut menangis… saya tak mahu nangis depan dia… apalagi depan suami…  stress memang stress, tekanan menggalas pelbagai tanggungjawab, dalam keadaan saya sendiri selalu tak sihat, saya jadi tiada dunia lain, jiran meninggal pun dah jadi berita basi bila saya dapat tahu…
tapi saya tahu suami sedar situasi ini…


Kerana tak mahu berterusan begini, saya mula bertanya orang dan layari internet. Pencarian saya membawa saya kepada artikel Dr Azizah. Statusnya sebagai doctor, malah bekas pakar kaji penyakit lagi, menyebabkan saya ingin tahu supplement apa atau penawar apa yang dia ada. Dia minta saya daftar. Saya pun daftar selepas beberapa kali membaca artikel tadi serta website dia. Seterusnya, pembelian di buat. Saya ambil Single Pack. Masa buat pembelian ini, suami tak tahu lagi, tapi saya ikhlas mahu membantu.
Saya percaya sesuatu yang dilakukan dengan ikhlas hati selalunya berkat. Saya tak bohong suami Cuma tak beritahu ajer.


Sebaik produk sampai saya berikan kepada ibu mertua saya, mulanya dia enggan, padanya, dah tak berguna lagi.
Ubat2 hospital pun kosong pada dia . Saya terus juga pujuk dia minum, saya cakap sikit pun takpe sedap ni. Dia pun minum. Lebih kurang 3 minggu lepas itu, saya perhati dan perlahan-lahan perubahan dirinya menjadi ketara. Dia mula beraktiviti: dandan pokok bunga saya yang dah macam semak, menyusun pasu, mengemas dan menyapu laman, berjumpa jiran, ikut sama ke dapur, mula menyuarakan apa keinginannya dan pelbagai lagi perubahan2 dia yang kami anggap surprising dan a miracle.
 Itulah yang Vemma berikan kepada ibu mertua saya. Alhamdulillah, sedikit demi sedikit dia menjadi dirinya semula, dirinya yang saya kenali bersama sedikit perubahan fikiran/minda/sikap.

Pada anak2, saya berikan juga 1 oz Vemma sehari, dan sepanjang pengambilan Vemma saya lihat memang demam, selsema dan batuk jauh dari mereka. Kalau tidak, rumah saya dah jadi rumah orang sakit. Pada diri saya pula, 2 oz Vemma sehari, jarang kena athma attack, tiada lagi gastric, dan tiada lagi senggugut yang melemahkan saya. Sebelum ini, tiap kali senggugut atau gastrik, saya akan terbaring sehari atau dua hari . Kesian anak2 jadi anak terbiar untuk selama 1-2 hari. Kini, senggugut sudah tidak lagi mengganggu saya. Saya juga selalu ciritbirit. Bilik air jadi bilik kedua saya. Kini saya tidak lagi buang derita di bilik air!
Rasanya setakat itulah sharing saya pada malam ini. Saya sudahi dengan ucapan Alhamdulillah dan terima kasih kepada Opah Hasmi, Mak Zizah dan rakan2 seperjuangan.


SEKIAN DULU KISAH KEHIDUPAN BUAT KALI INI..KITA JUMPA LAGI DI LAIN WAKTU....
WASSALAM
 

JANGAN PERNAH MENYERAH…!!!
Pelaut Agung Tidak Lahir dari
Laut Yang Tenang…..
Gold Leader & Success Coach:Suzie Shuib
Email:suzie.shuib@gmail.com
fbook:suzie.yazid
skype:suzie-wge
Call/SMS: 013 352 7884