SHARING HEBAT DARI JUTAWAN VEMMA

JUTAWAN VEMMA KE 2 SITI FAZILAH ZAKARIAH.

** seperti yg dikongsikan di UV Group Skype Meeting Mingguan, 20 June 2012 **

 

 

Malam ni saya sangat berbesar hati nak share bagaimana saya boleh berjaya di Vemma, dah 4thn bersama Vemma, amat jatuh cinta dgn produk dan hidup berubah sama sekali drpd seorang guru biasa kepada seorang surirumah sepenuh masa tetapi bekerjaya lumayan. Hanya dari rumah....dari rumahhhhhhhhh. dulu bekerja ISNIN-JUMAAT KELUAR RUMAH.
SEKARANG, ISNIN -JUMAAT DI RUMAH DAN HANYA KELUAR SAMAADA JUMAAT-AHAD sahaja untuk bisnes preview




: Set Fikiran Kena Betul & Ikhlas Apa yang saya lihat untuk sukses kita perlu mempunyai MIND SET yang betul
contoh: Orang lain yang banyak menghasilkan income boleh berjaya dan kenapa mereka berjaya sedangkan aku masih tahap begini, aku pun boleh ikut jejak mereka untuk berjaya. Kalau mereka boleh hasilkan income sehari RM500 kenapa aku tak boleh hasilkan income RM1000?

2. Dengan Siapa kita Berkawan dan Buku Apa Yang kita Baca


Mencapai sukses dan Kejayaan kita mesti bergantung kepada:
1. Usaha yg gigih, berlipat ganda dan yang paling terbaik dari diri kita
2. Siapa kawan kita sekarang ? (Penasihat dan Pendorong kecemerlangan)
3. Buku apa yg kita baca ? (Mempelajari Ilmu yang kita sendiri tak mahir dan membina keyakinan diri)

Mana mana orang yang berjaya di muka dunia ini mesti melalui pengalaman pahit manis dan jika hendak berjaya WAJIB kena usaha gigih tanpa kenal erti penat.

Antara petua berjaya ialah penting untuk kita mempunyai rakan/kawan yg biasanya menjadi “jurulatih” atau penasihat yg boleh membantu kita maju atau berjaya dalam perniagaan dan juga pendorong untuk mempunyai keyakinan tinggi.

Nasihat dari saya, cedoklah ilmu dari orang-orang yg berjaya. Ikuti cara prospek mereka, contohnya jika kita inginkan pendapatan RM60,000 sebulan- kita harus cari mentor/coach/rakan yg sememangnya berpendapatan sedemikian. kita dapat pelajari dari beliau dan berjaya seperti beliau semua ilmu dah di perturunkan kpada leader2 hebat yg ada dlm ruangan ini .. tinggall DUPLIKATE SHJ
InsyaAllah hidup kita lebih berkat, income bertambah dan perniagaan makin maju…amin.        




3. Zakat ( Menyucikan harta dan pendapatan untuk org ISLAM)
Amalkan mengeluarkan zakat setelah mendapat income hasil dari perniagaan kita. Zakat dan sedekah adalah perkara yang perlu untuk menyucikan diri kita dari sifat-sifat buruk dan juga menyucikan harta kita.Untuk orang Islam yang berniaga keluarkan zakat dan juga digalakkan bersedekah. 1 kita beri, ALLAH akan balas 10x ganda sekiranya pemberian kita tu IKHLAS DAN DATANG DRPD HATI YG TULUS SUCI
 
4. Menetapkan TARGET atau MATLAMAT
Secara logiknya ramai orang gagal dalam perniagaan mahupun kehidupan kerana mereka tidak mempunyai TARGET! Jika kita nak berjaya kita harus menetapkan TARGET.

Sesuatu target harus spesifik…contoh: “Dengan modal RM6+++ dalam 3 bulan mesti menjadi RM40,000



5:Cabaran dan Halangan. Sanggup menghadapi ujian dan cabaran untuk berjaya
Apabila anda membuat keputusan untuk JOIN VEMMA, Ucap selamat saya yang utama ialah ” WELCOME TO THE CLUB ” . Kenapa ? kerana anda akan 200% menempuh ujian dan cabaran serta rintangan yang perlu anda tempuhi.Ramai orang ingin BERJAYA dan SENANG LENANG, sama ada dalam perniagaan, pekerjaan, pelajaran, percintaan, kekeluargaan dan sebagainya.Contoh: untuk berjaya dalam PERCINTAAN, KITA sanggup buat apa sahaja untuk memenangi hati si dia, dalam pekerjaan pula sanggup buat OT siang malam bekerja untuk mendapat gaji lebih. sama juga hal kekeluargaan KITA sanggup bekorban apa sahaja janji kehidupan isi rumah senang dan selesa.
Dalam perniagaan???? anda bagaimana? boleh ke tidak?Apakah anda perlu buat untuk mencapai Kejayaan? Sebagai seorang muslim, kita sentiasa diseru ke arah kejayaan (melalui seruan azan 5 kali sehari).

Saya melihat, orang-orang yg berjaya dalam karier mereka memang mempunyai KEINGINAN yang KUAT untuk berjaya. Mereka sanggup hadapi dugaan dan cabaran dalam perjalanan menuju kejayaan.

Dalam apa2 bisnes yang sy observe, saya melihat ramai yg gagal kerana TIDAK SANGGUP menghadapi segala ujian dan cabaran yg mendatang.

Baru buat bisnes 2-3 minggu dah nak give-up/frust… dan pengecut cabut lari .




6. Bila Masalah Datang..
Bila masalah datang apa yg perlu kita buat?
produk dah bagus, mmg bg protection utk dalaman kita, jiwa kena teguh minda wajib bijak memilih dan menimbang unsur2 luar yg datang kd kita

VEMMA PLATFORM TERBAIK PRODUK DAN COMPLAN LUMAYAN - IT IS REAL BUSINESS. ADA PRODUK, ADA SISTEM SUPPORT, ADA HQ, ADA EVENT YANG MERIAH..WOW....TERUJA SAYA

Kita semua sudah dewasa, semua sudah kuat dalam dan luar. jadi pandai2 dan bijakla menapis apa yang tidak bagus. dalam 1 masa nak buat bnyk benda/bisnes, mmg anda kan hilang FOKUS. org akan hilang kepercyaan kepada kita sebagai leaders. dan JAGA MULUT. CARI KESEMPURNAAN DIRI DAN JANGAN ASYIK MELIHAT KETIDAK SEMPURNAAN ORANG LAIN.




                                        OK seterusnya...!
5 TIPS PSIKOLOGI UNTUK BERJAYA DALAM PERNIAGAAN
Berikut diberikan 5 cara untuk menggunakan kaedah psikologi untuk berjaya di dalam bisnes kita

1.Gunakan affirmations untuk memprogram semula minda separa sedar kita, kerana minda separa sedar kita selalu dipenuhi dengan fikiran-fikiran yang negatif. Tak percaya? jap sy bg contoh.........
anda kata "aku mahu isteri yang cantik" tetapi tidak lama kemudian anda akan mendengar pernyataan negatif ini di minda anda "aku tak hensem, mana layak..".
'aku pun boleh jadi Jutawan mcm Siti Fadzilah' tetapi tidak lama kemudian, anda mendengar perkataan negatif seperti ini 'dia bolehla jd Jutawan, dah lama join Vemma'..

JIka minda kita sentiasa negatif , kita akan menarik perkara-perkara negatif negatif datang kepada diri kita. Jadi setiap kali fikiran-fikiran negatif muncul di fikiran , gunakan affirmation/ikrar/sebut untuk meneutralkannya. Contohnya "aku selalu gagal dalam bisnes internet" gunakan affirmations seperti berikut "aku semakin hampir mencapai target aku, kerana setiap kegagalan membawa aku semakin hampir kepada kejayaan"




2. Untuk mengubah cara berfikir anda , ia memerlukan masa antara 20 hingga ke 30 hari. setiap hari sebelum tidur cakapkan kepada diri kita sendiri pernyataan ini "aku adalah orang yang gembira, aku selalu memikirkan perkara yang elok dan seronok. Aku kini seorang usahawan internet yang berjaya, aku kini seorang jutawan" ulanginya 100 kali setiap hari sebelum tidur. Tak usah malu jika apa yang kita katakan ini jauh dari realiti kita sekarang kerana kita hanya mengucapkannya kepada diri kita sendiri. Lakukan perkara ini setiap hari,perlahan-lahan cara berfikir kita yang negatif akan ditukarkan kepada yang positif.




3. Kita mempunyai banyak pilihan di dalam hidup , semuanya bergantung kepada hati kita. JIka kita mahu menjadi kaya,
 kita harus berfikir tentang kekayaan setiap masa, jika kita mahu menjadi sihat, kita harus sentiasa berfikir tentang betapa sihatnya diri kita, jika kita mahu menjadi miskin, fikirkan tentang kemiskinan selalu.SETIAP KATA2 KITA ADALAH DOA, JADI SEBUTLAH PERKARA YANG BAIK2 DAN INDAH BELAKA DAN
 IA WAJIB DATANG DARI HATI YANG TULUS SUCI. KALAU HATI BERSIH, MAKA AYAT YANG KELUAR DARI MULUT KITA JUGA MAMPU MEMBAHAGIAKAN ORANG LAIN. SECARA TAK LANGSUNG MENDOAKAN KESEJAHTERAAN ORG SEKELILING KITA
ELAKKAN BERBURUK SANGKA KEPADA ORANG LAIN




4. Nikmati setiap minit dalam hidup kita.Orang yang negatif
melihat gelas itu separuh KOSONG, tapi bagi orang yang berjaya
mereka melihat gelas itu separuh PENUH. Apabila KITA mempunyai masa, katakan perkara ini kepada diri kita "aku seorang yang sihat, aku seorang yang gembira, aku seorang yang kaya, aku seorang yang berjaya, aku sayangkan diri aku sendiri.Aku seorang yang tenang, dan aku selalu membuat orang lain gembira, aku seorang yang baik hati."





5.Selalulah membaca buku-buku motivasi dan autobiografi orang-orang yang berjaya. Kelilingi diri kita dengan orang yang berjaya . Jika kita semua mengikut langkah-langkah ini dalam masa 2 tahun berikutnya, kita menjadi INSAN berbeza, kita akan menghormati orang lain, kita akan mendapatkan lebih banyak wang, dan lebih dari itu kita akan dapat kesihatan yang baik.

Sekian perkongsian saya. Yang baik itu dr ALLAH, yang terkurang itu dr saya sendiri.
Akhir sekali dari saya malam ini, Orang Berjaya sentiasa mencari jalan dan berusaha ke arah kejayaan dan mereka SANGGUP hadapi segalanya demi mencapai cita-cita mereka.
Terima kasih, jumpa anda di puncak KEJAYAAN,





I LOVE U TEAM...
JOM REMPIT HINGGA KE PUNCAK JAYA !!






SAKSIKAN VIDEO INI....






  
BERI RUANG UNTUK IMPIAN,
JANGAN MENGALAH DENGAN MASALAH !!!! 

Success Coach: Suzie
                                               Email:suzie.shuib@gmail.com
fbook:suzie.yazid

skype:suzie-wge

Call/SMS: 013 352 7884

PROFIL SYARIKAT VeMMA




VeMMA adalah sebuah syarikat yang diuruskan oleh keluarga dan berasaskan nilai keluarga dan ditubuhkan oleh pengasas New Vision. New Vision yang ditubuhkan sejak 10 tahun yang lalu ialah pemimpin dalam industri kesihatan dan mencapai jumlah jualan runcit yang melebihi USD$1 bilion dolar.

New Vision telah menjadi sebuah syarikat yang terkemuka, kukuh dan boleh dipercayai dalam industri pemasaran rangkaian. New Vision beroperasi dari Ibu Pejabat baru seluas 26,000 kaki persegi di 8322, East Hartford Drive, Scottsdale, Arizona, Amerika Syarikat. Syarikat ini juga mempunyai sebuah pusat pengedaran yang canggih seluas 25,000 kaki persegi serta sebuah kemudahan perkilangan cecair di Tempe, Arizona. Walau bagaimanpun di dalam industri pemasaran rangkaian (multilevel marketing), kadar syarikat baru yang gagal pada tahun pertama adalah sebanyak 90% dan disusuli lebih 98% dalam tempoh lima tahun, New Vision telah mencapai kejayaan dan keuntungan selama sepuluh tahun. Malah, yang lebih mengagumkan ialah New Vision telah membayar royalti hampir USD$500 juta dolar kepada ahli-ahlinya dan tidak pernah lewat menghantar cek-cek royalti atau menunaikan janjinya kepada para ahli.

Kedua-dua New Vision dan VeMMA dimiliki oleh BK Boreyko dan adik perempuannya, Karen dan Lauren. Ibu bapa mereka, Ben dan Dottie Boreyko ialah pemasar rangkaian yang berjaya. Mereka telah lama terlibat dalam industri ini sejak zaman kanak-kanak mereka. Pada umur 7 tahun, BK bermula membantu ibu bapanya mengendalikan perniagaan Amway mereka. Pada umur 18 tahun beliau menubuhkan perniagaan pengedaran Amway sendiri sehingga peringkat PS Direct. Apabila beliau berumur 30-an , beliau dan keluarganya telah melancarkan pemasaran rangkaian generasi baru yang dinamakan New Vision. New Vision ditubuhkan berasaskan kekuatan dan keberanian ibu mereka yang telah meninggal dunia akibat penyakit kanser, setahun sebelum New Vision ditubuhkan. Misi New Vision agak mudah, iaitu meningkatkan kualiti hidup keluarga dari segi fizikal dan kewangan. Dalam beberapa bulan sahaja, syarikat ini telah mencapai pertumbuhan dan kejayaan yang mengagumkan oleh berkat kepimpinan yang dinamik sehingga disifatkan sebagai 'kapal roket' oleh majalah Success Magazine. Tidak lama kemudian, BK dan adiknya Jason telah dihadiahi Anugerah Usahawan Cemerlang di Arizona oleh Ernst and Young atas berbagai-bagai inovasi dan sumbangan syarikat mereka.

BK bersyukur dengan setiap kejayaan dan restu yang dialami dan telah menggunakan sumber peribadi dan syarikat untuk membantu mereka yang kurang bernasib dengan menyumbang lebih daripada USD$2.5 juta dolar kepada berbagai-bagai pertubuhan dan kegiatan amal seperti Habitat for Humanity, Dream Centre, United Way, Yayasan Hutan Hujan dan Yayasan Dottie Boreyko (untuk membantu golongan belia di bandar).

New Vision telah memperkaya hidup beribu-ribu orang di Amerika Syarikat, Kanada, Jepun, Singapura, Malaysia, Filipina, Australia dan New Zealand. Syarikat yang mantap dan dihormati ini memberikan ketenangan hati kepada Ahli Pasukan (pemimpin luar), Pemain Pasukan (kakitangan Ibu Pejabat) dan Para Pelanggan kerana mereka sedar bahawa masa, tenaga dan sumber yang dilabur oleh mereka di dalam New Vision pada hari ini akan mendatangkan ganjaran kepada mereka pada hari esok.

VeMMA ialah hasil usaha dan pengalaman yang dilaburkan dalam bidang pemasaran rangkaian selama 10 tahun untuk mencipta peluang yang sempurna bagi 10 tahun yang akan datang serta masa depan selepas itu! Ini ialah peluang anda untuk mencapai hidup kaya dan bahagia yang akan memberi anda kebebasan dan keselesaan yang kita semua harap-harapkan dengan sokongan kukuh yang diberi oleh sebuah syarikat gergasi yang sungguh berjaya di dalam industri pemasaran rangkaian.







Vemmatrition Sdn. Bhd. (713201-U) (AJL931611)
23-3 Block D, Jaya One,72-A Jalan University, 46200 Petaling Jaya,Selangor Darul Ehsan,Malaysia.
Telefon : +603-7955 2222
Fax : +603-7956 2222



Bersama leader2 hebat di HQ Office Jaya One PJ.

MEETING ON LINE


DENGAR BISNES PREVIEW NIE DULU (KLIK LINK NI)

Orang miskin mencari pekerjaan, orang kaya mencari Rangkaian - ~Robert T. Kiyosaki~






Hubungi saya,
untuk sebarang pertanyaan dan bantuan,
Suzie Shuib ( Mobile: 013 3527884)
  ~Success Coach~

WEB    :  http://realityduit.blogspot.com
              www.gee-vemma.blogspot.com

SKYPE : suzie-wge
FB       :
www.facebook.com/suzie yazid
 


CARA INSTALL SKYPE


As - Salam team, Saya tunjukkan cara nak download Skype












Skype nie PERCUMA sahaja, kita boleh chat, call atau buat video sharing
Caranya
Masuk www.skype.comSkrin macam ni kluar , Klik pada Join Skype



Pada create an account – isi semua maklumat





First Name – nama anda
Last name – nama bapa anda
Your email address – email anda cth : suzie.shuib@gmail.com
Repeat email – taip semula email anda suzie.shuib@gmail.com
Profile Information – maklumat peribadi anda (isikan semua)
How do you intend to use Skype?
Mostly personal conversations
Skype name – nama skype anda (catatkan pada buku anda)
Password – kata laluan rahsia anda mesti gabungan huruf & angka (6-20 digit) contoh : abc123
Repeat password – taip sekali lagi password tadi abc123
Type the text above here – taip apa yang anda nampak dalam kotak atas tu
Klik pada : I agree - Continue
Nanti kluar box kecik macam kat bawah ni
Klik pada Save file (data akan di save ke folder Downloads di computer anda)

Pegi pada Folder Downloads (kat mana yg anda save tadi tu)


klik pada icon nie SkypeSetup.exe

Klik pada Run
Skype – Install skrin akan tertera
Select your language – English
Lepas tu klik I agree-Next



Click to call with Skype – tick pada Yes, Install to call with Skype
lepas tu Next
Tunggu Skype Install (ambil masa sikit)…tungguuuu
Dah selesai skrin ni akan muncul
Thanks for choosing Skype



SELESAI DOWNLOAD…..
CARA NAK GUNA PULAK....


Sekarang pegi ke Skrin computer anda cari logo
Klik pada logo tu







Isikan
Skype name yg anda register tadi
&
Password yang anda buat tadi
pastu klik pada
Sign me in

Skrin ni akan muncul, kita sudah boleh mulakan Skype….BERJAYA






Sekarang nak add contact pulak
Klik pada Add contact






Dah boleh mula add contact lah….
Dapatkan maklumat org yang nak kita add tu
Samada email nya atau Skype name
Kalau tahu skype name – isikan pada skype name
Add saya skype name : suzie-wge ……tunggu sampai dia kluar maklumat pastu
Klik pada +add
Pastu send request


Cara Download, Install dan Guna Skype





Boleh tengok juga Video ini



Alhamdulillah.. SELESAI.






                                                       Pelaut Agung Tidak Lahir dari
Laut Yang Tenang…..
Gold Leader & Success Coach:Suzie Shuib
Email:suzie.shuib@gmail.com
fbook:suzie.yazid
skype:suzie-wge
Call/SMS: 013 352 7884






NAK SERTAI VEMMA ?

Nak sertai Vemma???...tapi masih ragu...ini tips dari saya...


Vemma mmg perlukan Modal kerana Vemma bukan Bisnes duduk goyang kaki dapat duit...tapi Vemma boleh kerja sambil goyang kaki.....seronok kan??? itulah saya kerja dari rumah sahaja....

Cari modal itu wajib...sebab ini bisnes

Berniaga itukan 90% rezeki Allah dah kata

nak berjaya di Vemma ni senang

1) cuci minda....jadi gelas yg kosong...belajar cara nya....kerana jika hebat mana pun anda...tak boleh memandai...kena ikut cikgu dulu....

2) jangan cari alasan/kekurangan diri kerana jawapannya nanti akan jadi TIDAK

3) buat je...tanpa pikir gagal sebelum buat (cuba2 tak kemana)

4) Doa banyak2...supaya Allah tetapkan hati kita & mudahkan Impian kita

5) Usaha terus...hingga berjaya.....tiada Istilah putus asa

Insyaallah..

ingat yg berjaya macam nie 5% jeso kita nak di kalangan 5% tu....








 
 












Masih tak jelas.....jgnlah buang masa lagi....CALL SAYA TERUS JE  013-3527884......U nak cari Peluang kan...nak saya bimbing.....jgnlah segan nak call saya......camne saya nak tahu U serius ke tak.......saya nak yg serius je .... nak berjaya ngan saya.....


Mudah je nak berjaya :

 1) ada Usaha

 2) komited dgn matlamat

 3) nak belajar/boleh di ajar

JUMPA ANDA DI PUNCAK KEJAYAAN...

Hubungi saya,
untuk sebarang pertanyaan dan bantuan,

Suzie Shuib ( Mobile: 013 3527884)
    ~Success Coach~














Sukses Stori: Top Leader Rosmawati Mohamad - oleh suaminya, Kamarulzahirin

 
*** seperti yg dikongsikan oleh bersama Team UV dalam UV Group Skype Meeting Mingguan, 6 June 2012 ***
Nama saya Kamarulzahirin bin Idris, saya lahir dari keluarga yang berniaga yang dulunya termasyhur juga di Muar...sbb tu PL Rose sudi jadi isteri saya, sebab dari family bisnes dan dia mmg "gila dan minat" dgn bisnes...hehehe.

Berasal dari Muar dan kini menetap di Merlimau, Melaka. Atas desakan PL Rose, saya pun join VeMMA pada bulan Februari 2012. Saya merupakan PM (Paid Member) yang paling rapat kepada Platinum Leader Rosmawati Mohamad. PM yang merupakan sahabat dan teman yang paling akrab juga kekasih yang sanggup berkongsi segala-galanya bersama beliau....

Di sini saya mahu berkongsi kepada sahabat-sahabat semua bagaimana di awal penglibatan atau pertemuan isteri saya iaitu PL Rosmawati bersama VeMMA. Beliau mula mengenali VeMMA pada bulan November 2010. Masa tu dia baru je mula berjinak-jinak dengan internet.


Saya selalu nampak beliau sibuk dengan laptopnya. Saya tak menghalang kerana pada awalnya saya menyangka beliau sibuk siapkan tugasan yang diberikan oleh tutornya. Sebagaimana yg semua maklum bahawa isteri saya masih lagi sambung belajar sebagai Mahasiswa di OUM, Melaka. Pada masa tu saya tak campur tangan sangat apa saja yang dia buat dengan laptopnya sebab saya tahu beliau seorang yang komited dengan apa saja yang beliau lakukan. Beliau selalu tidur lewat kerana mahu siapkan assingmentnya. Kadang-kadang saya juga menemani beliau dengan turut berjaga sama sehingga kerja sekolah atau kerja OUM nya selesai.

Sehinggalah pada hujung tahun 2010, seingat saya hari Ahad. PL Rosmawati memberitahu saya yang beliau mahu berjumpa dengan kawan semaktab yang datang bercuti dari Penang dan sekarang menginap di Hotel Sri Malaysia, Air Keroh, Melaka. Masa tu dah lewat petang sebab seharian hari minggu ada banyak jemputan kenduri kahwin anak2 jiran terdekat dan sahabat2 yang lain. Memang letih krn penat makan kenduri.... hehehe...
Ingat terus jer nak balik rumah... tapi sebelum pulang ke rumah, beliau beria2 mengajak saya menghantarkan beliau ke Hotel Sri Malaysia walaupun masa tu hujan dah mula turun dan hari pun dah semakin petang.

Kerana mengenangkan dia nak sangat jumpa kawannya yang katanya dah lama tak jumpa, saya mengalah dan turutkan juga kemahuannya w'pun saya nampak beliau berperangai pelik krn bawa laptop dan lain2. Tapi saya tak ada prasangka sangat sebab ingatkan dia nak belajar sesuatu dgn kawan2 dia tu, maklumlah sama2 cikgu cikgi ni kan...??? Kita yang bukan cikgu ni mana nak faham sangat tugas mereka ni...hehehe

Rupa2nya yang dia jumpa di sana tu bukan kwn2 semaktab dia, tetapi dia jumpa Nenda dia iaitu Exec Hasmi dan Star Platinum Fazira yg buat road tour ke seluruh semenanjung. Kena kelentong jugak saya ni kan... hehehe

Balik dari jumpa Kak Mie dan Cikgu Fazira, si isteri saya ni diam membisu seribu bahasa sehinggalah kami dah selesai berhenti solat Maghrib di Petronas dan bawa anak2 makan malam di McD. Si Isteri saya ni tak bercakap sepatah pun...saya pun pelik gak w'pun saya dah mengagak yg ada sesuatu yg dia rahsiakan drpd saya. Sebab masa dorang berbual dgn Kak Mie dan sekumpulan yg datang jumpa Kak Mie, saya tgk lain macam jer...tak spt org yg jumpa dgn kawan2 lama. Saya tahu perangai wife saya ni penyayang dan suka ketawa, tapi masa jumpa Kak Mie tu mcm malu2 dan formal pulak...so, saya mula tanya... "tadi tu jumpa dgn siapa?"... dia senyum kelat jer... tapi yg saya peliknya, dia mcm mengharapkan sesuatu dan mcm nak cakap sesuatu... sehinggalah beberapa hari selepas tu baru dia mula bersuara..."Bang, mana nak cari 5ribu ya?" Memang sahlah dia ni...rupa2nya yg bermain dlm fikiran dia ialah mana nak cari duit RM5ribu. Masa tu barulah dia bercerita dari A-Z tentang modal RM5ribu utk join vemma.

Saya mula berang dan mula beri amaran kat dia yang dia jangan nak mengada-ngada nak masuk itu ini dan buat bisnes apa2 lagi dah... barang2 kemas Zhulian dia tu banyak lagi yang dia belum jual. Ada satu beg lagi...

Apa taknya, kalau sahabat2 semua nak tahu, PL Rosmawati ni dah banyak menghabiskan duit sepanjang tahun 2009 dan 2010 dgn mcm2 bisnes yang dia buat. Dalam tempoh 2 tahun tu dia dah kehabisan semua duit simpanan dan juga barang2 kemas dia dan dua anak perempuan saya utk perniagaan entah apa2 dulu. Termasuklah dia sanggup dan berani pinjam dan gadaikan gelang mak mertua saya kat Bank Rakyat demi untuk masuk Saham Forex dengan kawan dia pada awal tahun 2010. Jadi bila dia nak cari modal untuk VeMMA, saya memang menggeletar dan geram dengan peragainya yang berani tak bertempat. Dululah...itulah anggapan saya kat dia. 

Saya malu bila setiap kali balik kampung, mak mertua saya akan tanya bila nak tebus gelang dia??? Sedangkan mana nak cari duit sebanyak tu utk tebus gelang mak mertua saya? Saya rasa maruah saya betul2 tercabar...mcm lah sy tak mampu nak jaga isteri dan anak2 saya ni... saya malu kalau semua ipar duai saya tahu yang isteri saya ni pinjam gelang dari mak dia ni... dan masih belum berjaya nak tebus balik....


Sahabat2 tahu tak...hutang PL Rosmawati kerana gadaikan gelang mak dia kat Bank Rakyat berjumlah hampir RM20ribu, kami betul2 susah pada selepas Hari Raya puasa tahun 2010 dengan hutang kredit kad hampir RM50ribu, ansuran kereta dah masuk 3 bulan tak berbayar dan yang paling saya tak boleh lupa dan kesalkan ialah saya kehilangan pekerjaan saya kerana perniagaan saya dulu lingkup... dan kerana permasalahan semua itulah saya naik hantu bila dia mahu buat Vemma lagi.

Kalau nak tahu, sebelum puasa tahun 2010 dia baru tukarkan semua barang2 kemas dia dan 2 anak perempuan saya kepada barang2 kemas Zhulian. Itupun saya tak tahu, bila tiba hari raya, saya tgk anak2 pakai rantai gelang dan anting2 baru...(masa tu pun sy msh blm tahu yg dia dah mula terlibat dgn Zhulian) Bila ditanya, barulahhh nak bercerita, tapi sy nak m'halang pun dah terlambat kan? Alasannya hanya satu, dia nak dapatkan duit utk tebus semula barang kemas emak dia dan nak langsaikan hutang2 kredit kad.

Nak buat loan bank dah tak boleh katanya...jadi nak dapat duit kat mana lagi selain buat bisnes??? Dia bekerja keras utk itu, selain jual Zhulian, dia juga jual baju, tudung, kain2 ela dan juga menjual batik2 sutera yang dia ambil di Terengganu. Saya kesian dgn dia sebenarnya.... Dia bersungguh mahu mengubah hidup, cuma cara yang dia buat tu selalu bercanggah dgn apa yang saya fikirkan...

Memang betul niat dia hanya nak membantu saya utk meningkatkan ekonomi keluarga. Tapi pada saya, isteri saya hanya mengejar angan-angannya yang tak pasti. PL Rose terlalu bercita-cita tinggi sehinggakan akhirnya dia terbeban dengan semua masalah hutang. Jadi sewajarnyalah apabila dia nak mulakan bisnes Vemma saya cuba menghalangnya betul2. Beberapa kali juga kami tak bertegur sapa dan anak-anak yg jadi p'hubung... Kelakar pun ada, kalu diingatkan semula..


Saya diamkan saja bila dia nakkan modal RM5ribu sehingga dia sanggup tebalkan muka utk pinjam duit dgn kwn2 sekolah dia. Sehinggakan dia pernah ugut saya nak pinjam dgn along. Tapi saya tahu dia hanya cakap nak takut2kan saya sahaja... Saya pernah cakap dgn PL Rose, kalau awak nak buat jugak, usaha sendiri dan jangan susahkan saya.

Saya tak mahu tgk dia gagal lagi atau pada saya dulu, dia dah tertipu dgn semua upline2 dia... Sayang duit kerjanya habis macam tu saja...tak tahu ke mana..


Tapi alangkah terperanjatnya saya apabila pada suatu hari, pertengahan bln Januari tahun lepas (2011), tiba2 datang van skynet menghantar 15 kotak jus Vemma. Saya betul2 terperanjat dan naik berang...mana lagiiii dia ni berhutang???

Saya terperanjat lagi bila dia cakap yg dia pinjam duit dari adik bongsunya yang nak kahwin pada bln June tahun lps...saya betul2 marah dan mula risau kalau dia tak boleh nak bayar duit adik dia, sedangkan adik dia nak gunakan duit tu utk kawin bln 6... marahnya saya tak terkata... dahlah hutang gelang mak dia blm lagi dapat tebus... macam2 ada dalam kepala saya ni...  

Saya betul2 terasa yang PL Rose betul2 tak menghormati saya sbg suami dan berani membelakangkan saya. Dia ni memang keras kepala dan jenis yang nekad. Kalau cakap dia tu...nak kena ikut cakap dia jer...Saya dah tak blh menahan kesabaran saya dan kami bergaduh, tetapi PL Rose mahu saya bersabar dan dia minta saya redhakan dan tolong doakan kejayaan dia. Suami mana yang nak lihat isterinya gagal, betul tak? Saya menangis dan dia menangis...yang jadi mangsa ialah anak2..mereka juga turut menangis ketakutan.... dah mcm drama pulak kan??? tapi itulah kesalahan saya yang terbesar... kalaulah masa tu blh ditarik balik, saya takkan bertindak mcm tu...sehinggakan saya sanggup nak mandikan dia dgn jus vemma tu tahu tak...aduhhhhh...saya betul2 bengang masa tu...

Tapi saya msh buat tak tahu jer...sehinggalah saya tgk dia selalu berhubung dgn Syihah dan masa tu rasa nak marah dgn Syihah pun ada gak. Saya berprasangka yang Syihah lah dalangnya yang suka memujuk2 isteri saya ni ikut cakap dia. Maaf ya Syihah, dulu abang tak kenal Syihah lagi... jangan marah ya, ini cerita tahun lepas, tahun ni dah cerita lain...hehehe... Saya cabar dia, kalau dia nak pergi sangat...naik bas ke KL. Saya tahu yang PL Rose ni penakut dan tak pernah naik bas sendirian...dia ni manja dgn aruah ayah dan dgn abang2 dia. Dulu, kalau nak ke mana-mana, memang dihantar dan dijemput... nampak jer garang, tapi hati kecikkk...hahaha


Tapi saya terperanjat bila dia minta saya belikan dia tiket bas. Perghhhhh minah ni betul2 nekad ni nak pergi KL. Saya kesian jugak dgn dia tapi biar dia berdikari...dia nak buat sangat, biar dia tanggung sendiri...saya cuba pujuk hati saya... zalimkan saya ni???
Tapi sebaik sahaja dia balik dari event tu, tak salah saya GDT pada 23 Januari 2011... dia semakin bersemangat lak. Selalu berskype dgn Syihah. Semasa dia selalu dibimbing oleh Syihah melalui skype, sedikit sebanyak dah membuka pintu hati saya nak mula jenguk2 apa yg dia buat. Sebab saya pun teruja gak, mcm mana Syihah blh bimbing dia hanya melalui skype... dan lebih saya tertarik dan mencuri perhatian saya ialah PL Rose ni tak pernah keluar rumah nak pergi jual2 barang. Tak macam masa dia buat Zhulian dan MLM yang lain2 dulu...
 Bila saya tanya, apa nak buat dgn jus Vemma yang banyak ni?? Kenapa tak pergi jual??? Dia jawab dgn saya, "Abang, jus ni utk kita minum sekeluarga. Saya nak abang dan anak2 sihat. Insyaallah bang, sebelum habis semua jus vemma ni kita minum...saya akan pastikan yang kita dapat balik modal dan dapat minum percuma lepas tu..." Saya hanya menjawab, "hmmmm...yalah tu..." Sebab saya tak yakin apa yang dia cakapkan. Apa taknya...dah masuk bln ke-3 tapi sy msh tak nampak hasilnya lagi... masih tak ada income spt yang dia dok bangga2kan spt income orang lain. Setiap kali dia bercerita psl Vemma, sy buat tak layan dan masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Sepanjang 3 bulan tu saya nampak kesungguhan PL Rose ni. Dia selalu berjaga jauh2 malam selepas anak ke-3 kami tidur, baru dia mula mengadap laptopnya. Dia tak pandai internet, saya nak bantu, saya pun tak pandai... maklumlah kerja saya ni lain dari kerja dia...pernah beberapa kali saya terjaga dari tidur dan melihat dia menangis di depan laptopnya... saya tahu dia tension dan penat agaknya... apa taknya, dia sibuk dgn kuliah dia lagi, dengan kerja sekolah dia lagi dan setiap malam nak kena hantar email2 kat semua PE2 (pre-enrollies) dia. Saya sedih sebenarnya... sebab saya nak tolong pun tak tahu nak tolong dia mcm mana.

Bulan 3 itulah dia mula berkenalan dengan Kak Enna, dan saya sebenarnya lega bila tahu dia buat vemma tidak lagi secara bersendirian. Pada bulan 3 itulah baru saya nampak dia dah semakin riang dan mula menjerit2 kesukaan bila dia dah mula dapat PM w'pun masa tu hanya dgn single pek dan nama dia dah mula masuk top leader di Vemmabuilder.

Masa dia menjerit kesukaan tu, saya dah mula rasa seronok dan mula terbuka dengan PL Rose. Saya dah mula yakin dgn vemma ni bila dia dapat seorang member ultimate kat bawah dia. Itupun kakak angkat dia masa satu sekolah dgn dia dulu...dan slps dia dapat kak Jah (member pertama Ultimate bwh dia) dia minta izin nak ke KL lagi sekali dgn kak Enna dan Kak Jah. Mengenangkan dia dah ada kawan dan naik kereta kak Enna, saya izinkan... tapi sedihnya apabila dia balik dari KL dan keesokannya bila balik sekolah, dia cakap yg Kak Jah tak jadi masuk... nampak dia kecewa sangat... w'pun dia tahu yang saya tak suka apa dia buat, tapi dia selalu berkongsi cerita dgn saya... jadi masa tu saya pulak tambah beban dia dengan membebel kat dia dgn kata2 yang blh mematahkan semangat dia... sekali lagi saya zalim dgn dia kan???
Tapi dia jugak tak mengalah..dan selalu pujuk saya, minta saya dan anak2 doakan dia... sehinggalah masuk bulan April, dia menjerit lagi sekali bila dapat Ultimate yang ke-2 iaitu orang Kota Bharu. Itupun Mr Damrong yang tlg closed untuk dia. Dan bermula dari situ, dia mula bangun buat solat malam dan selalu minta saya doakan dia untuk naik sebagai Diamond Leader. Saya masa tu masih tak yakin dgn PL Rose ni.

Sebab apa-apapun yg dia buat sebelum ni hanya hangat2 tahi ayam dan memang takde hasilnya... tapi jauh di sudut hati saya, apabila saya nampak kesungguhan dia dan semangat yang dia ada...saya kesian dan sebagai suami, sudah tentulah saya sentiasa mendoakan dia juga w'pun saya tak yakin... tapi PL Rose selalu cakap yang inilah adalah bisnes dia yang terakhir dan dia mahu buktikan kpd saya yang dia akan berjaya....

Saya sebenarnya tak sangka yang dia betul2 bersungguh dgn apa yang dia cakapkan... Bayangkanlah, dalam masa yang sama dia buat Vemma, dia mengajar, dia belajar dan dia juga melayan kami dengan baik dan sempurna. Dia buat semua tu bersendirian...dia menangis juga bersendirian...bila dia sangkakan yang saya dah tidur...saya hanya mampu mendengar dia menangis melepaskan segala kesulitan yang dia tanggung... saya tahu kenapa, sebab dia tak mahu saya menyalahkan dia lagi dan dia mahu menyembunyikan kelemahan diri dia dari saya....

Pada hujung minggu bulan April tahun lepas, sekali lagi dia minta izin utk pergi ke training katanya...tapi kali ini bukan kat KL tapi kat Penang. Saya keberatan nak izinkan dia pergi sebab cuti hujung minggu sahaja... bukannya cuti panjang. Tapi krn dia ni memang pandai memujuk dan dibantu dgn Kak Enna yg turut cuba meyakinkan saya... saya izinkan juga dia pergi naik bas bersama kak enna....hanya yang mampu saya buat ialah mendoakan dia yang terbaik dan mengalah dengan kesungguhan dia...

Sehinggalah pada minggu 16 di Vemma tahun lepas, slps solat subuh dia berlama2 di sejadah...sehinggakan dia menangis. Masa tu dah lambat nak ke sekolah. Perjalanan dia ke sekolah lbh kurang 40-45minit. Pkl 6.15 sepatutnya dia msti dah berada dlm kereta...anak2 dah lama siap...Saya dan anak2 hanya memandang dia dan masa itulah dia bercakap dgn saya dan dgn anak2 bahawa dia betul2 mahu naik rank Diamond dan minta sungguh2 kami doakan dia. Sebab katanya...inilah sahaja peluang dia utk dapat duit banyak dan untuk tebus gelang mak mertua saya sblm hari raya puasa... Baru dia cerita yang Vemma adakan pertandingan utk sesiapa yang naik rank kpd Diamond atau Platinum mereka akan berkongsi memenangi wang sebanyak RM57 ribu tak salah saya...dan dia betul2 mahukan duit tu utk tebus gelang mak mertua saya...

Masa tu bermulalah keterbukaan hati saya untuk ikhlas dan betul2 redha dgn apa yang dia buat. Dari matanya...saya tahu yang dia betul berharap dan mahu naik rank. Bukan krn nak glamour atau apa, tapi krn nak duit dan nak tebus barang kemas mak dia yg dah setahun lbh ada kat bank rakyat...


Saya redha dan betul doa dgn sungguh2 semoga Allah bantu dan mudahkan jalan untuk dia...dan selepas itu saya juga turut sama2 menjerit setiap kali dia dapat ultimate!!!! Sehinggakan saya sendiri menangis apabila dia dapat income pada week 16 dgn RM16ribu lebih dalam masa seminggu sahaja...

 Income dia untuk bulan tu, iaitu April 2011 lebih RM20ribu... termasuk duit saguhati Vemma... dan selepas itu income dia semakin baik dan tahun lps dia dapat 2x income RM10 ribu lebih... dapatlah tebus gelang mak dia, bayar hutang2 kredit kad dan dapat berbelanja mewah sedikit utk hari raya.... Alhamdulillah... dan syukur kpd Allah krn memberi peluang dan memberi kekuatan kpd PL Rose...

Mata saya semakin terbuka apabila dia mengajak saya untuk sama2 meraikan dia semasa Vemma Asia Convention (VAC) di Genting tahun lepas dan dia juga menghadiahkan saya USD700 yang dia dapat di sana. Saya betul2 berbangga dengan pencapaian PL Rose dan saya yakin 200% sekarang ini bahawa dia adalah antara Jutawan2 yang akan lahir dari family Ultimate Venture kita ini...

Kebanggaan saya bukan saja setakat itu, saya benar2 terperanjat dan teruja bila dia diberi kepercayaan oleh mentor2 dia sbg speaker pertama dalam MP2 di Hotel Nouvelle pada 1 Oktober 2011. Saya tak pernah dengar dia bercakap begitu dalam mana2 majlis pun sebelum itu...sehinggakan saya sendiri tak percaya, betul ke isteri aku yang bercakap kat depan tu??? hahaha...sebab dia ni manja, penakut dan ntahlah...saya hampir tak kenallah dia masa tu...

Dia berdiri di atas pentas dgn yakin dan penuh bersemangat sehinggakan saya sendiri mengalirkan air mata...sejak dari itu saya dah bertaubat dan bertekad yang saya akan menjadi orang pertama untuk memberikan sokongan kepada dia dalam apa jua yang dia mahu buat untuk berjaya di Vemma. Saya mula berjanji pada diri saya sendiri dan pada PL Rose juga yang saya akan sokong dia dan akan ikut dia kemana-mana sahaja selepas ini. Saya sanggup jadi driver dia... Masa tu keyakinan saya dah semakin naik...dah jadi 300% dah yang dia adalah jutawan Vemma yang seterusnya...

Saya sekali lagi teruja dengan kesungguhan dia apabila dia sanggup drive sendirian ke Felda Keratong untuk membantu DL Shahidah utk naik rank. Dia betul2 dah banyak berubah...dari penakut dulunya...nak ke mana2 mesti nak berkepit jer dgn saya ni... tak berani nak jalan sorang2 lau takde kawan...saya pada awalnya risau jugak... tapi dia yakinkan saya yang saya kena beri kepercayaan kpd dia dan kena yakin dgn dia kalau saya nak tgk dia jadi jutawan... Adussss...suami mana yang tak nak tengok isterinya berjaya... ya tak??? Jadi, dgn berat hati...saya izinkan jugaklah...Masa tu yang saya ada hanyalah doa sahaja..semoga dia selamat pergi dan selamat balik ke rumah tanpa cacat celanya...

Dugaan datang lagi...dugaan nak naik rank Platinum agaknya... apabila satu malam dia masih tak sampai ke rumah w'pun jam dah pukul 11 malam. Dia bertolak dari rumah utk ke tempat Kak Dah slps habis sekolah pada petang Jumaat bln Januari atau Februari...sy dah lupa... Saya dah mula risau dan mula beranggapan yang bukan2. Sebab call tak diangkat... Saya dah agak, mesti bateri phone dia mati ni... Rupa2nya tayar keretanya pancit di tengah2 hutan sblm smpai Jementah semasa nak balik ke Melaka... Nasib dia baik sebab ada driver lori yg sangat baik hati datang bantu tukarkan tayar kereta tu... alhamdulillah... Itulah kan??? Allah itu ada, dan dia pasti akan hantar orang untuk bantu kita kalau kita ikhlas mahu membantu orang lain... seperti Allah menghantar PL Rasyihah kpd isteri saya ni...kalau tak, tak tahu lah apa jadi dgn hidup kami sekarang ni....

Dah selesai tukar tayar...akhirnya dia selamat sampai ke rumah hampir jam 12 malam. Selepas tu saya dah mula tarik balik keizinan utk dia keluar tanpa saya... masa tu saya dah tak kisah, nyawa dia dan keselamatan dia jauh lbh penting dari segalanya...Tapi PL Rose ni degil sikit...dia tetap jugak pujuk saya, tapi saya takkan izinkan dia drive sendirian melainkan dia nak ke Muar atau sekitar Melaka sahaja...kalau keluar dari Muar dan Melaka, saya akan jadi driver dia...

Sekarang ni, saya sudah redha dan ikhlas 500% utk perjuangan dia di VeMMA. Asalkan dia tak melanggar tatasusila dan tak lupa diri... saya mahu dia berjaya di bawah bimbingan Atuk Basri dan Nenek Hasmi, juga PL Syihah dan semua sahabat2 di Ultimate Venture ni...
 
Sebelum saya mengundurkan diri, saya sebagai suami kepada PL Rose mahu mengambil kesempatan ini nak ucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada PL Rasyihah yang tak pernah putus asa membimbing dan membantu isteri saya utk sama2 berjaya bersama beliau. Jutaan terima kasih juga kepada pasangan nakhoda kapal Ultimate Venture iaitu Nenek Hasmi dan Atok Basri kerana tak pernah jemu dan sentiasa menyokong isteri saya selama dia berada di bawah bimbingan atok dan nenek. Walaupun pada awalnya, saya juga berprasangka kpd Kak Mie juga...maaf yaaaa...

Terima kasih kepada PL Kak Enna (Roslina Yunos) sbb sudi menjadi rakan seangkatan Vemma di Melaka. Kalau tak, PL Rose sendirian kat Melaka ni...kesian dgn isteri saya kan...hehehe


Terima kasih juga kepada semua sahabat2 di UV. Terutama SP Fazira, PL Azreen...saya ingat dua leader ni sbb pernah jumpa kat Melaka dulu..Terima kasih untuk semua family UV...Saya berbangga kerana menjadi sebahagian daripada family UV ni... Family ke-3 yang saya dah mula jatuh sayang...sehinggakan saya cakap dgn PL Rose masa perjalanan balik dr Family Day baru2 ni (2-3 June 2012 di Bukit Merah Laketown Resort, Perak), yang timbul perasaan sedih dalam hati saya untuk berpisah dgn anda semua pada hari itu... semoga kita jumpa lagi di lain event...